Misteri Alam de Paranormal

Just For Fun

The world is full of mysteries, murders, and deeply disturbing true stories, natural disasters, even paranormal!


I love history, science and astrology, paranormal, animals, nature, and everything in this word which i think its full of mysteries created by Allah swt..what i have read, I will share it..insha Allah..~cheers~

0:21
Video hantu berjaya dirakam? Rakaman video ni mulanya bukanlah bertujuan nak rakam aktiviti paranormal tetapi waktu tu Rob Wakefield secara kebetulan saja2 rakam suasana tenang jalan lama keretapi di sebuah perkampungan di Essex. Dan masa rakam tu pun dia tak perasan hinggalah bila dah balik dan diplay balik baru perasan.."Eh ada hantu lah...." Penampakan putih semacam asap rokok yang tidak diketahui siapa yang hisap rokok ketika tu benar2 mengejutkan Rob. Jika kabus kenapa pelik hilang secepat tu?jika asap rokok siapa yang menghisapnya?Mana pula puntung rokoknya? Apabila disiasat, barulah Rob tahu yang jalan berhampiran sungai tu memang sunyi dan berhantu tak kira siang atau malam. Perkampungan Essex, terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Stansted, mempunyai cerita dan sejarah lamanya tersendiri dimana suatu ketika dulu jalan tu adalah jalan keretapi lama. Menurut legenda cerita2 lama, pernah dulu seorang lelaki mabuk dilanggar keretapi dikawasan tu kononnya tu adalah rohnya. Diceritakan sejak lelaki tu mati, banyak kejadian2 pelik serta kemalangan yang membuntukan dikawasan tu. Maksudnya buntu apa tu? Ok pernah satu malam semasa pemandu keretapi sedang leka menjalankan tugasnya tetiba dia terkejut bila terlihat seorang lelaki entah muncul dari mana, berdiri atas track. Oleh kerana terkejut, dia membunyikan siren sekuatnya namun segalanya terlambat, dia dah leyek lelaki tadi. Namun yang peliknya setelah membuat laporan dan diperiksa, memang takda sesiapa disitu, tiada mayat atau cebisan daging yang dijumpai. Jika dagingnya hancur tercampak kesana sini pun, dimakan dek binatang buas dari dalam hutan sure ada kesan darah atau apa kan..tapi ni langsung takda. Stesen keretapi tu tak lama beroperasi namun sepanjang masa sebelum ditutup, ianya sentiasa dihantui oleh roh lelaki mabuk tadi. Bukan Rob saja, malah ramai pernah nampak tapi tak berkesempatan nak rakam video seperti mana Rob rakam ni.. Kalau tengok video ni, mungkin hantunya still mabuk lagi agaknya kot?? Atas track pun hilang tetiba, lintas sungai pun hilang tetiba. Sumber: essexlivenews
16 days ago
0:44
#Madpawareness Hai semua..ni bukan video hantu prank..ni sedikit pesanan..walaupun aku drive, aku seriau tengok benda2 macam ni...memang takde kena mengena dengan misteri tapi yang misteri nya sekarang orang jahat sentiasa ada disekeliling kita tanpa kita sedar, dorang sangat 'desperate' nak kan duit apa2 saja yang boleh dijual. So, korang hati2 lah kalau guna lift tu..nasihat aku: 1.Kalau boleh jangan guna lift..guna tangga je..kalau dekat lrt lah..kalau dekat apartment yang 50 tingkat tingginya tu tak bole nak buat apa dah. Guna tangga boleh kecik kan kaki, salah satu senaman jugak. 2. Belajarlah sikit2 ilmu seni mempertahankan diri aka martial art, biar sumbang step pun takpe asal ko tahu titik2 kelemahan musuh. Ko belasah je 'anu' dia tu..eh...kena berani ok! 3. Yang penting sekali kena sentiasa 'alert' jangan leka. Kalau rasa orang tu semacam je, tekan je semua setiap tingkat2 yang ada, so lift tu akan berhenti tingkat seterusnya tanpa sempat orang jahat tu nak buat onar. 4. Dan yang paling penting sekali, beg tu jagalah elok2, jangan bawak duit bnyak2 jangan pakai barang kemas jewelery yang boleh tarik perhatian penjahat2 ni..bahaya babe! 5. Jangan pakai seksi2.. tu pun penting! Sebab penjahat ni dia boleh amik kesempatan 2 in 1 aka rompak dan rogol..nauzubillah minzalik..semoga kita sentiasa dilindungi tuhan. 6. Last but not least, baca doa keluar rumah. Baca doa? Masa sekolah dulu cikgu ada ajar kan..ko lupa yeh...Google la ada banyak doa2 pelindung dari kecelakaan. Walaupun nampak remeh, kita niat kena ada. Niat kita cari rezki atau menuntut ilmu atau apa2 sajalah so minta perlindungan dari tuhan semoga tuhan tu jaga kita sentiasa dari bahaya. Takecare!-fiona-
29 days ago
0:20
Madpcreepypasta: Kisah benar Siapakah yang menangis tengah malam tu? Seperti yang diceritakan oleh member aku, Fazli, ayatnya aku olah semula. Dah lama dia cerita benda ni cuma aku pulak bz, so baru harini berkesempatan up, sorry ye..moga terhibur semua..😂 Lokasi: Hotel Pine Tree Batu Pahat Johor Bilik 7015. Tingkat 7. Kisah ni benar-benar berlaku pada aku dan keluarga semasa menginap dihotel ni. Maaflah bukan tujuan aku nak tutup periuk nasi sesiapa yang kerja disini terutamanya owner hotel, cuma aku nak sampaikan pesan bagi siapa2 yang menginap disini kalau tak kuat semangat, better janganlah..kalau terpaksa pun janganlah pilih bilik 7015, tingkat 7 ye. Biliknya sangat cantik dan ok je cuma auranya tu semacam. Meaning seram dan meremang. Berada dalam bilik ni aku boleh rasa seram dan meremang bulu roma. Baiklah aku ringkaskan cerita, baru2 ni semasa tahun baru cina, aku pergi bercuti dan menginap di hotel ni. Aku dapat bilik 7015. Masa check in tu aku dah rasa semacam. Mungkin bilik tu lama takda orang menginap sebab suram walaupun dah buka lampu. Oleh kerana biliknya sangat selesa luas dan cantik, jadi aku diamkan jelah. Aku, wife aku dan 2 orang anak2 kami tidur awal malam tu kerana keletihan berjalan siang tadi. Kebiasaan nya aku lebih suka tutup semua lampu. Lebih kurang jam 3.30 pagi macam tu tiba-tiba aku ditepuk2 dikejutkan oleh wife aku. Dia berbisik perlahan suruh aku senyap dan dengar. "Ada suara perempuan menangis bang.." katanya perlahan. Aku yang bangun termangu2 mengamati bunyi tu. Memang betul, ada bunyi suara perempuan menangis, perlahan sayu dan mendayu2 kat hujung lorong betul2 kat pintu masuk kebilik ni dan bersebelahan bilik air. Aku beranikan diri menjenguk ke arah pintu tu takda apa2 pulak kat situ. Cuma bunyi tu saja masih terus menerus berbunyi mendayu-dayu. Tapi kami boleh rasa ada benda yang lalu macam angin sebab rasa seperti hangat je. Oleh kerana bunyi tu terlalu lama tak berhenti2 menangis, jadi aku beranikan diri 'ON' semua lampu2. Nasiblah anak2 tidur nyenyak, kami berdua diam je dengar suara tu tanpa berkata sepatah apa pun. Tak mahu cari pasal sebab tu aku diam je. Wife aku pun sama. Lebih kurang setengah jam macam tu barulah benda tu berhenti menangis. Lega hati kami. Mesti ada cerita disebalik bilik ni kan..walaubagaimanapun aku malas nak tanya orang2 kat situ. Kalau korang berani try lah menginap disini. Berani?😊 Nota: Gambar dan suara adalah rekaan semata2
30 days ago