Otai BERSIH

Public Figure

Satukan Tenaga Malaysia Baru

1:21
" Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di M'sia" Untuk kali pertama sekumpulan diplomat Israel tiba secara rasmi di negara ini ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik. Kementerian Luar Israel mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini, lapor The Times of Israel. Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara Zionis itu menghadiri satu persidangan berkaitan petempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur. Katanya delegasi itu diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet (gambar), dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat. Sebelum ini stesen televisyen Israel, Hadashot TV, melaporkan delegasi kerajaan Zionis itu turut disertai bekas menteri, Ofir Pines, serta pegawai-pegawai kanan lain. Kenyataan Nahshon kemudian mengesahkan laporan awal stesen TV terbabit. Hadashot TV melaporkan Putrajaya terikat untuk menerima kemasukan warga Israel terbabit kerana untuk membolehkan persidangan itu diadakan, semua delegasi mesti diberikan visa. "Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, menyertai persidangan berkenaan bersama wakil lain dari Israel, serta bertemu pegawai Malaysia," kata kenyataan Kementerin Luar Israel yang dipetik The Times of Israel. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Wisma Putra berhubung laporan berkenaan. Sementara itu semakan Malaysiakini pada akaun Twitter Roet menunjukkan dia melalui pengalaman menggembirakan sepanjang tempoh berada di negara ini. "Pengalaman unik untuk diplomat Israel melawat #Malaysia. Saya menyimpan harapan tinggi untuk kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa depan," kata salah satu ucapannya. Roet juga berkata : "(Saya) menemui banyak persamaan antara orang Malaysia dan Israel. Sebuah masyarakat berbilang wajah dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk masa depan lebih baik." Di sebalik tiada hubungan rasmi antara Putrajaya dan Tel Aviv rakyat negara itu biasanya dibenarkan memasuki Malaysia. Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Pusat pada 2014, lapor The Times of Israel, menunjukkan hubungan dagang kedua-dua negara berkembang walaupun dalam keadaan berhati-hati. Nilai dagangan antara kedua-dua negara dianggarkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.9 bilion) setahun.
4 days ago
2:13
ADAKAH INI PETANDA UMNO SEMAKIN TERTEKAN DI JOHOR ?? Seorang Ustaz yang seharusnya menunjukkan akhlak & teladan yang baik turut sama bertindak di luar batasan ?? Kit Siang, wakil PH dihalau lebih 50 penduduk kampung di JB. Lebih 50 penduduk menghalau Lim Kit Siang yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Bakar Batu di Johor Bahru dan memaksa Program Sembang Santai Warung dibatalkan, lapor China Press. Program itu sepatutnya diadakan di sebuah warung pada 9 malam Sabtu, dengan kehadiran wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Setiausaha PH dan PPBM Johor, Datuk Osman Sapian. Menurut akhbar itu, program berkenaan terpaksa dibatalkan apabila pemilik warung dikatakan tidak dapat meminjam premisnya kepada penganjur disebabkan “tekanan”. Selepas program berkenaan dibatalkan, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah bersama wakil pemimpin PH lain mengadakan sidang media di warung itu dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus seketika dan kekecohan kedengaran dari luar. Akhbar itu melaporkan keadaan bertukar tegang apabila seorang ustaz bersama penduduk kampung tampil menghalang sidang media itu. Beberapa penduduk kampung kemudiannya mula menghampiri warung itu dan melaungkan “Saya penduduk kampung di sini, jangan kritik Umno” dan ada individu hadir menjadi orang tengah, meminta semua pihak memberi masa 10 minit. China Press melaporkan Lim segera memberitahu wartawan, beliau enggan mengulas mengenai insiden itu. Bagaimanapun, ketua Parlimen DAP itu berharap Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad akan memberi penjelasan mengenai kejadian berkenaan. Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng dipetik akhbar itu menyifatkan beliau kesal dengan insiden itu dan mendakwa Umno menyalahgunakan kuasa untuk menghalang penduduk menemui pemimpin PH. Osman berkata, Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, tetapi beliau dan pemimpin PH yang bukannya orang asing mendapat layanan sedemikian daripada penduduk setempat. Akhbar itu melaporkan polis tidak kelihatan dan keadaan mulai reda selepas Lim bersama wakil pemimpin PH lain menaiki kereta meninggalkan kampung itu kira-kira 9.45 malam. Turut hadir ialah Adun Pengkalan Rinting daripada DAP, Cheo Yee How dan Ketua PKR Cawangan Johor Bahru, Akmal Nasir.
6 days ago