Aminah Azali

Public Figure

Siti Aminah & Ahmad Azali are siblings who love to share stories about their lives and spread positive thoughts to the people around the world.

0:30
❤️"KENAL DAN KHUSYUK"🙏🏽 "Pada suatu ketika dahulu, Semasa kami semua masih kanak-kanak, Arwah Kak Aini, Kak Noriah, Kak Ain, Kak Aja, Aku dan Adik aku Jie yang masih minum susu botoi lagi. Duduklah kami depan TV. Jumaat malam Sabtu, Gambaq Melayu TV 1 Hitam putih, Nak dijadikan cerita malam tu, Gambaq hantuuuu!!, DUPA CHENDANA tajuknya, Diantara pelakon2 filem tu ialah S.Kadarisman, Ahmad Mahmud, Saadiah Ahmad Daud, Aziz Jaafar, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek , serasa aku Pelakun yang aku sebutkan tu semua, rasa aku la, pakat arwah abih daaaah. Tapi depa semua tu lah pelakunnyaaa.. “Kami semua punya la kecut perut tengok gambaq tu!, bila mai bab Hantu tu dok menyeru nama ‘Dupa’,menyeru memanggil namanya, kami pun mula lah! ada yang menyorok belakang Mak, ada yang Tarik kain selimut tutup muka, ada yang tembab bantai kat muka, ada yang guna tangan tutup muka.. memang saspen gila laa!! Cuma aku saja tak ambik bantai, tak Tarik kain selimut langsung, tapi mata akuuu!, Ku pejam mata rapat!!, sampai sakit kelopak mata.. 'i am not scared at all, but fucking damn terrified!!', he he heee..😅 Pastu kan.. bila masa music semakin kuat dan mengerunkan, sampai ja babak Hantu tu nak jengoi! Ayah pun baling atau lontarkan kota rokok ke arah salah sorang di antara kami, dan Ayah menempik ‚‘Tudia HantuUU!!‘ saat kotak rokok yang kosong tu menghinggapi belakang salah seorang yang berada di bahagian depan sekali, serasa aku suku penduduk kampung mendengar jeritan kami satu rumah!, Ayah pun ketawa gila gila..🤣🤣🤣😂😂 ‘Itulah jadinya bila terlalu SATU dengan apa yang kita tumpu, keujudan kita telah lenyap didalam apa yang kita lihat dan bayangkan, Tujuh Sifat Maqni, dan Tujuh sifat Maknauwiyah kita telah fana Khusyuk menyatu dengan apa yang kita tumpu, ‚Kami seperti Anak Melayu yang lain di ketika itu, kami diperkenalkan tentang berbagai cerita Hantu, Hantu Toyol, Hantu Raya, Hantu Puntianak, Hantu Langsiaq, Hantu ini Hantu itu, tetapi kami TIDAK diperkenalkan dengan Tuhan yang terhanya SATU, Maka bila tiba saja bab Hantu, kami larut menjadi satu, Seperti kami yang di malam itu, Semangat kami telah bersatu dengan apa yang di kaca TV itu, maka itulah yang berlaku, kesemua kami menjerit melolong bila kotak Rokok Ayah melintasi dan menghinggapi belakang Arwah Kakak kami, Sohaini Binti Ariffin. Surah Al Mukminun ayat 1 dan 2, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk’ dalam Solatnya.” Maka sebegitulah jua kejadiannya bila kita lenyapnya tujuh sifat Maq’ni dan tujuh sifat Maknauwiah kita kedalam istilah tiada yang lain selain hak milik Allah. Maka sepastinyalah Khusyuk kita akan melebihi lima waktu sahaja.., kesedaran keberADAan dan kenyataan adalah sepanjang masa, Apa saja yang Kita lihat adalah yang ADA itulah.. 🙏🏽 Maka sepertilah apabila seseorang itu menonton cerita Seram, akan merasa seramlah jika ianya lenyap didalam cerita itu, Apabila menonton cerita Jenaka, maka akan ketawalah apabila kelucuannya menyatu satu, sebegitulah juga apabila menonton cerita Lucah (gambaq Getaq) maka akan didatangi rasa Ghairahlah bila ianya hanyut menyatu satu bersama nafsu. Sebegitulah bila kita bercerita tentang Ular yang ditengah kawasan di mana kononnya kawasan tempat ular banyak berselindung. Dan jika jiwa dan keujudannya sipendengar itu lenyap fana khusyuk dengan cerita tentang ular itu, maka akan mengelupurlah walau hanya di sentuh dengan ular getah semata-mata..“ “Ini cerita, Tak tumbuh tak kan nak melata, kalau tak sungguh tak kan orang tak kataaa“ 🤣🙏🏽✌🏽❤️😅😘😍🥰💕
2 months ago
0:43
❤️
3 months ago
0:46
❤️MARI MENARI- 1❤️. “Ya Kekasih🙏🏽..., Pagi ini jiwa terjaga bagaikan harimau terluka, bangun bersama kepala yang agak bergoyangan, semalam adalah satu malam yang membawa akal perasaan dan khayal ku pergi jauh, jauh dan sangatlah jauh, ‘far beyond the stars’, menyonsong bersama cita dan hampa, bersama harapan dan kecewa, yang masih tersisa di jiwa.., yang mananya masih nyata tertera di depan mata batin ini..., Aku terus menghayun langkah tari dicelah gemburan kepekatan gelita, sesekali sempat jua aku mencuri ruang mebuka sedikit kelopak mata bagi menjeling Kerdipan Kejora dibawah sana, “Atur saja langkah mu Pat!”, “Life is just a life!, nothing is permanent.., menarilah!!” Persetankan jika ianya tidak seiring rentak irama, ayuh goyang saja, ‘ilmu untuk mereka’,, ‘Rahasia milik kita’. Pejamkan kembali mata mu ... hayun terus langkahmu, menarilah di dalam kawah suka dan duka mu, menarilah walau disambar neraka Dunia itu, Menarilah, kerana kita adalah CINTA, dan CINTA TIDAK PERNAH SALAH, bersahajalah kalau sesekali CINTA bersulam SUSAH, 🙏🏽 ‘Menarilah’ pejamkan mata bayangkan yang indah indah sebagai penyambung tenaga positif mu, Hanyunkan batin mu mengikut rentak degup jantung mu.. ‘Kita harus terima segalanya, duka dan kecelakaan pada akal dan jiwa, terima semuanya!, Kautkan semuanya kedalam pelukan rindu kasih sayang kasih, dan segera olahkan semula jadikan sebagai Cahaya, ‘KERANA KITA ADALAH CINTA!’, kebencian pasti akan kalah tatkala ianya berdepan dengan kita, kita adalah cinta, maka menarilah!, menarilah walau berentak duka lara, menarilah kerana cinta dan derita adalah sama sahaja, cuma isi ceritanya sahaja yang berbeza, lemparkan kisah seminit yang lepas, gantikan dengan rasa cinta yang tiada beralamat kemana-mana, di sini kita bertemu, disini kitakan kembali menyatu, Datanglah pada ku, dengan tidaknlagi bersertakan ilmu dan cerita yang lalu., Datanglah hanya dengan sekuntum senyum mu dan, menarilah bersamaku..” ❤️
6 months ago